Nama domain PERCUMA. Daftar SEKARANG!

Sunday, July 13, 2008

Overclock @ overclocking

A
pakah maksud overclocking?
Overclocking bermaksud menaikkan kelajuan sesebuah processor (CPU/GPU/VPU) atau DRAM daripada kelajuan asal yang telah ditetapkan oleh pengeluar. Ini bermaksud kita mendapat kelajuan yang lebih dengan harga yang lebih murah.

Adakah setiap PC boleh di overclock?
Proses ini bergantung kepada jenis CPU, GPU, RAM serta motherboard dan chipset yang digunakan. Terdapat beberapa pengeluar motherboard seperti Abit, DFI, Asus yang menyokong overclocking. Oleh itu kita perlu memilih perkakasan yang sesuai utk meng'overclock'. Senarai perkakasan yang menyokong baik overclocking boleh dirujuk di website-website perkakasan yang sentiasa memberikan review terhadap sesuatu perkakasan.

Bagaimana untuk melakukan proses overclocking?
Kebanyakan motherboard yang terkini, setting utk kepantasan sesebuah processor dan RAM boleh diubah melalui BIOS. Pada asasnya, setting kelajuan processor dikira melalui FSB yang didarabkan dengan pekali (multiplier).Setting ini biasanya telah ditetapkan oleh pengeluar tetapi boleh di ubah secara menaikkan nilai atau menurunkan nilai. Sebagai contoh bagi sebuah processor AMD Athlon XP 1800+ yang beroperasi pada 1530Mhz telah ditetapkan sebagai 133Mhz x 11.5 = 1530Mhz. Jika kita menaikkan FSB iaitu 133Mhz kepada 166Mhz, maka 166Mhz x 11.5 = 1909Mhz Dengan ini kelajuan processor kita meningkat sebanyak 25%. Perlu diingatkan bahawa kita hendaklah menaikkan FSB beransur-ansur seperti 2Mhz secara menaik. Ini utk mengelakkan sistem menjadi tidak stabil, dan paling teruk merosakkan perkakasan kita yang sangat bernilai itu.

Jika processor yang digunakan mempunyai unlocked multiplier, kita boleh mendapatkan prestasi yang optimum jika kita menurunkan nilai pekali dan menaikkan FSB. Sebagai contoh bagi Athlon XP 1800+, 200Mhz x 9.5 = 1900Mhz. Jika dibandingkan antara 166Mhz x 11.5 = 1909Mhz dan 200Mhz x 9.5 = 1900Mhz, setting pertama mempunyai nilai frequency lebih tinggi. Sebaliknya dari segi prestasi sebenar, 200Mhz x 9.5 = 1900Mhz beroperasi dengan lebih laju kerana kelebihan FSB yang tinggi. FSB tinggi bermaksud bandwidth untuk RAM juga meningkat jika frequency RAM ditetapkan sama laju dgn RAM.

Apakah maksud multiplier locked/unlock?
Untuk mengelakkan daripada overclocking, pengeluar chip seperti Intel dan AMD mengunci pekali dari diubah sesuka hati oleh para overclockers.
Ini kerana processor yang mempunyai unlocked multiplier yang menjadi overclocking king yang akan merugikan pengeluar processor tersebut kerana pengguna mendapat prestasi yang maximum dgn harga yang minimum.

Bagaimana hendak menentukan kestabilan sistem dan penambahan prestasi yang dicapai setelah meng'overclock'?
Banyak perisian yang telah ditulis utk mengukur prestasi sistem sesebuah PC seperti PCMark 2004, SiSoft Sandra dan perisian lain seperti Super Pi, Prime95, PiFast dan sebagainya. Walaubagaimana pun perisian Prime95 iaitu program utk mencari nombor perdana Mersenne mempunyai fungsi khas utk menentukan kestabilan sistem. Tambahan pula perisian telah menjadi de facto standard serta diiktiraf oleh ramai overclockers.

No comments: