Nama domain PERCUMA. Daftar SEKARANG!

Tuesday, July 08, 2008

Memahami cakera padat CD dan DVD

CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.



Permukaan cakera yang berlubang tempat data disimpan

Bagaimana cakera padat menyimpan data?
Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1. Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya. Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0. Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.

Perbezaan CD dan DVD
Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.

Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data.

Format CD
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.

Format DVD
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVD sedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.


Format & Ciri-ciri DVD

DVD-R
DVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.

DVD+R
Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.

DVD-RAM
DVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak.

DVD-RW
DVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secara urutan.


DVD+RW
Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.

DVD-R/W
Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).


DVD+R/W
Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).


Namun begitu apa yang kita harapkan ialah akan lebih banyak perakam DVD yang dapat menyokong lebih dari satu format-format di atas, Jadi jika anda terdesak untuk membeli perakam DVD hari ini, cari-carilah model yang dapat membaca dan menulis multi-format - terutama sekali format "tambah" dan "tolak".

No comments: