Nama domain PERCUMA. Daftar SEKARANG!

Wednesday, April 29, 2009

Conficker terus mengancam

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan berita serangan virus yang menjangkiti hampir lapan juta komputer di seluruh dunia.

Conficker juga dikenali sebagai Downadup atau Kido dianggap virus terbaru yang berjaya melakukan jangkitan menerusi perisian Window yang tidak bercantum (unpatched Window).


Apabila berjaya memasuki rangkaian komputer, ia dengan sendirinya mampu mendapatkan kata laluan dengan meneka secara rambang atau memperdaya pengguna menerusi pe macu cakera yang memberi arahan fail dibuka secara au tomatik (autorun).

Pengurus Kanan Penyelidikan Keselamatan TippingPoint DVLabs, Rohit Dhamankar, berkata ramai pengguna yang tidak tahu cara untuk membuang virus terbabit.

“Ia bukan hanya komputer, malah perkembangan telefon bimbit yang diperkayakan dengan pelbagai aplikasi menjadi sasaran penggodam melancarkan serangan virus ke atas aplikasi web telefon bimbit.”

“Kebanyakan organisasi menggunakan pertahanan berlapis menerusi komputer antivirus dan pencegah pencerobohan (IPS). Cara terbaik untuk mencegah serangan Conficker adalah dengan menggunakan IPS di bahagian teras. Ia mengawasi cecacing dari trafik dalam dan luar rangkaian terbabit,” katanya

Berdasarkan statistik TippingPoint ThreatLinQ, hampir 10 juta komputer peribadi (PC) dijangkiti Conficker. Walaupun Conficker kini tidak aktif berbanding Januari lalu, ia masih menyerang ribuan komputer setiap hari.

Menurutnya lagi, ancaman keselamatan terhadap OS tidak akan terhapus kerana penggodam bakal mengalihkan sasaran mereka kepada perisian yang lain seperti aplikasi web.

Saturday, April 25, 2009

Kelajuan akses Internet bergantung pada hos

TM memberi jaminan kelajuan akses pelanggan Internet berdasarkan rangkaian yang dikendalikan syarikat itu mampu berada di tahap optimum.

Sebagai contoh, TM menjamin kelajuan akses pengguna Streamyx 1Mbps sentiasa berada pada tahap yang paling optimum (90 peratus atau lebih) selagi pelanggan terbabit melayari laman web atau destinasi siber di sekitar rangkaian kawalan TM.


"Ia berdasarkan pelayaran laman web yang dihoskan di Malaysia, sama ada ia adalah klip video atau multimedia, kelajuan akses 1Mbps pada amnya adalah mencukupi untuk memberi pengalaman yang memuaskan," ulas jurucakap TM ketika mengulas laporan it@Metro minggu lalu berkaitan capaian Internet.

Walau bagaimanapun lain halnya dengan kelajuan rangkaian yang dihoskan di luar negara dan jauh dari rangkaian TM, maka kelajuan bergantung kepada keadaan.

"Oleh kerana rangkaian itu berada di luar bidang kuasa TM, pengalaman pelayar bergantung kepada beberapa elemen luar, termasuk keadaan laluan rangkaian antarabangsa, laluan hop data dan kesibukan trafik ke pelayan antarabangsa dituju pelayar, dan keadaan trafik di pelayan itu sendiri (server load)" kata jurucakap itu lagi.

Wednesday, April 01, 2009

Virus 'April Fool' melanda

PUSAT keselamatan siber khas negara, CyberSecurity Malaysia memberi amaran serangan cecacing terbaru yang dijangka melanda pengguna komputer Malaysia hari ini dengan kodnya, Conficker.C.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lt Kol Husin Jazri, serangan cecacing dari kategori 'malware' itu diprogramkan untuk berhubung dengan alamat 'domain' pengguna yang mampu berjangkit sekiranya komputer tidak diperbaharui dengan anti-virus terkini.


"Situasi masih dalam kawalan dan kami sudah menjalin kerjasama dengan pendaftar domain .my serta rakan kongsi antarabangsa lain bagi menyekat virus Conficker.C ini," kata Husin.

Sementara itu, jurucakap vendor perisian keselamatan, Trend Micro Inc, memaklumkan jangkitan Conficker.C atau dikenali Worm_downad ini mampu merebak ke lebih 15 juta komputer seluruh dunia dengan paten bermula 5.885.00.

Oleh itu, Trend Micro menasihatkan pengguna agar mengikut beberapa langkah keselamatan termasuk menetapkan laman web ke 'Web Reputation Service', memastikan definisi virus diperbaharui dan melaksanakan imbasan sistem secara penuh bagi mengelak jangkitan.

Sekiranya pengguna ingin memaklumkan sebarang virus, anda boleh melayari laman web Cybersecurity Malaysia atau menghantar e-mel ke cyber999@cybersecurity.my