Nama domain PERCUMA. Daftar SEKARANG!

Wednesday, May 06, 2009

Selsema babi vs selsema komputer!

Kecoh seminggu dua ini dunia memperkatakan perihal selsema babi atau nama virusnya, H1N1 yang menggabungkan genetik babi, manusia dan burung bukan setakat mendatangkan gejala ringan namun sehingga boleh mendatangkan maut.

Diberitakan juga, dalam tempoh hingga hari ini, lebih 1,000 kes dilaporkan sekurang-kurangnya di sembilan negara dengan lebih 100 kematian setakat ini.


Apa yang membimbangkan, selesema babi bukan sekadar menjadikannya kes yang diramalkan pakar sebagai pandemik atau wabak besar-besaran di seluruh dunia malah ia turut dieksploitasi gerombolan penjenayah 'spam'.

Penjenayah spam pantas menghidu peluang untuk mengaburi mata umum yang gelisah dengan penyebaran wabak penyakit berbahaya itu apabila cuba mengaut keuntungan menimbulkan kekacauan menggunakan e-mel palsu disebarkan ke 'peti surat elektronik' pengguna tanpa disedari.

Natijahnya, pengguna yang berniat untuk mengetahui maklumat terkini mengenai virus H1N1 di Internet terpaksa bimbang mengenai virus tersebar dalam komputer peribadi (PC) masing-masing lantaran membuka fail berintikan kod tertentu menular ke bahagian informasi rahsia.

Maklumlah, kebanyakan pengguna tidak menyedari status e-mel diterima kerana kebanyakan mereka mungkin dikaburi dengan ketakutan jangkitan wabak H1N1 sehingga mahu terus mendapatkan maklumat berkaitan sepantas mungkin sampai alpa menyemak kesahihan kandungan.

Kebimbangan penyebaran e-mel berkaitan selsema babi itu diakui pembekal perisian keselamatan, Symantec yang memberi amaran e-mel mengandungi spam berserakan di alam digital sama ada disedari atau sebaliknya.

Bahagian Maklum Balas Keselamatannya memberi amaran penyebaran virus maya selain H1N1 adalah cubaan menembusi PC pengguna seterusnya memahatkan 'malware' yang mampu mencuri data peribadi atau merosakkan struktur perkomputeran mereka.

Symantec mendapati cubaan berniat jahat itu dimulakan sebaik berita panas selsema babi merebak ke seluruh dunia melalui pemerhatian mereka yang mendapati penulis kod malware bersedia memasang kegiatan tidak bermoral itu.

"Penulis kod malware bekerjasama dengan penghantar spam dalam meloloskan bahan jahat ke sistem e-mel pengguna yang tidak tahu apa-apa melainkan mahu mendapatkan maklumat berkaitan virus sebenar iaitu H1N1," kata bahagian itu dalam blog mereka.

Menurut bahagian itu lagi, analisa sampel diambil masih lagi terhad namun menunjukkan bukti penggodam cuba mengekploitasi masalah masyarakat dunia dengan penyebaran malware.

Pakar keselamatan Symantec mengkaji kepilan berformatkan Adobe PDF mendapati kod malicious (berniat jahat) dihantar mempergunakan topik releven berkaitan virus sebenar seperti 'Swine influenza frequently asked questions.pdf'.

Ia disebarkan ke e-mel pengguna untuk meyakinkan mereka mengenai kandungan fail PDF terbabit berobjektifkan niat baik bagi membantu memperluaskan pemahaman mengenai virus H1N1 tapi ia sebenarnya menjangkitkan virus yang tidak kurang bahayanya.

Apabila pengguna cuba mengakses kepilan PDF tadi untuk membaca data, kod malware ditetapkan dalam format PDF akan cuba membiakkan satu lagi jenis malware iaitu InfoStealer yang melekat dalam sistem perkomputeran.

Lebih dahsyat, InfoStealer berupaya mencuri maklumat peribadi secara senyap dari PC mereka sendiri tanpa disedari.

Oleh itu, Symantec menasihatkan pengguna PC untuk terus menyemak keselamatan maya mereka dengan mengambil langkah proaktif memastikannya terkawal dan terpelihara.

Selain itu, pengguna perlu memperbaharui status keselamatan mereka dengan kerap dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila membuka sebarang kepilan yang tidak diketahui asal-usulnya.

Penasihat Keselamatan Enterpris Symantec Corporation (Malaysia), Kannan Velayutham pula, berkata pengguna harus peka ketika mencari berita berkaitan virus H1N1 dengan tidak mengakses mana-mana sumber maklumat diragui.

"Kita perlu menyemak kesahihannya terlebih dahulu dan jangan terus membuka maklumat yang menggunakan 'headline' sensasi semata-mata," ujarnya.

Antara topik dalam bahasa Inggeris berkaitan virus H1N1 yang dieksploitasi penghantar spam termasuk :

Mexico on edge as reports of swine flu cases climb

UK monitoring swine flu outbreak

UK probes '17 swine flu reports'

Global panic as swine flu spreads to Europe

US declares emergency as Mexico flu death toll rises

Probable Mexico swine flu death toll - 103: Minister

Swine flu case confirmed in Spain

Are you worried about flu outbreak?

Di samping itu, Laporan Spam Symantec pada April 2009 menunjukkan lebih 19 peratus spam yang dihantar di seluruh dunia pada Mac lalu bersangkut paut dengan isu kesihatan.

Domain berkaitan 'Swine Flu' atau selsema babi itu mungkin sudah diceroboh penggodam untuk dijadikan hos kepada malware mahupun serangan 'phishing' kepada pengguna.

Setiap kali dunia dikejutkan dengan isu besar, masyarakat mahukan kepantasan maklumat disalurkan secepat kilat.

Fakta ini disedari penggodam dan ia menjadikan mereka sasaran paling tepat untuk serangan malware atau phishing sehingga menipu pengguna termasuk membabitkan wang ringgit.

Eksploitasi wabak selsema babi ini juga mampu dijadikan alasan baru menghantar spam untuk untung pengiklanan atau 'spamvertising' membabitkan industri farmasi serta perubatan.

Walaupun spam berkaitan kesihatan bukan perkara baru yang dijadikan modus operandi setiap kali berlaku sesuatu malah ia pernah digunakan kira-kira enam tahun lalu.

Ketika itu, wabak SARS menjadi epidemik yang menggemparkan masyarakat dunia mengakibatkan penyebaran kempen spam dengan menghantar cecacing 'Coronex' kepada pengguna.

Sementara itu, pengendali keselamatan perkomputeran, Trend Micro berjaya menghidu penyebaran e-mel menggunakan topik 'Swine flu worldwide!' atau Swine flu outbreak' yang digunakan sebagai memesongkan pandangan pengguna kepada kegiatan sebenar spam.

Menurut Jurutera Penyelidikan Anti-Spamnya, Adriano Labiano, selepas pengumuman Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan keseriusan tahap penularan virus selsema babi itu, penghantar spam pantas memperkembangkan kempen mereka.

"Penghantar spam menggunakan teknik kejuruteraan sosial kerana mereka mengetahui potensi pengguna membuka e-mel dengan subjek itu akan lebih luas," katanya.

Beliau berkata, kandungan mesej e-mel terbabit yang dijumpai Trend Micro langsung tidak berkaitan dengan selsema babi sebaliknya ia memaparkan ayat pendek dengan pautan alamat lain membawa anda ke kedai 'online' menjual pil pembesaran alat kelamin lelaki.

Dalam pada itu, Makmal Avert McAfee mendapati lima peratus volum spam di seluruh dunia kini mengandungi perkataan 'swine flu' untuk menipu orang ramai membuka e-mel.

Kajian mereka juga mendapati separuh daripada spam berkaitan selsema babi berasal dari Brazil, Amerika Syarikat dan Jerman.

Makmal itu berhasil menemui kod malicious dalam satu e-mel yang mana satu laman web Rusia meminta pelawat memindah turun kodek video untuk menonton filem walaupun e-mel terbabit sepatutnya mengandungi maklumat berkaitan H1N1.

McAfee juga mengeluarkan rujukan subjek yang digunakan penghantar spam mengandungi ayat berkaitan selsema babi seperti:

Salma Hayek caught swine flu!

Madonna caught swine flu!

First US swine flu victims!

US swine flu statistics

Swine flu worldwide!

Swine flu in Hollywood!

Swine flu in USA

Walau apa pun keadaannya, masalah spam sering berkait kejuruteraan sosial, bidang yang sering dikaitkan dengan kecurian maklumat dan penceroboh sistem.

Pengguna sewajarnya menyelidik kesahihan sesuatu e-mel sebelum membukanya atau sebarang kelipan dilampirkan malah lindungi juga komputer anda dengan kemas kini anti-virus secara automatik.

Tuesday, May 05, 2009

Salah sangka Windows Vista

Windows Vista adalah versi keenam bagi keluarga sistem operasi Microsoft Windows yang mula dipasarkan pada 8 November 2006 dan ia dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 8 Februari 2007 menonjolkan antaramuka terkini yang cantik dan lutsinar dikenali sebagai Aero.

Walaupun baru berusia dua tahun berbanding sistem operasi sebelum ini, Vista menerima banyak kritikan sehingga menimbulkan kontroversi mengenai keberkesanan sistem terbabit di pasaran.


Namun, ia dinafikan Pengarah Kumpulan Perniagaan Pelanggan, Organisasi Perniagaan Pemasaran, Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd, KT Ng yang menggambarkannya sebagai cabaran kepada semua produk baru di pasaran.

Menurut KT Ng, selepas lebih dua tahun di pasaran, Vista menunjukkan peningkatan dari segi jualannya apabila pengguna mula menerima sistem operasi terbabit sebaik memahami keperluannya secara menyeluruh.

"Memang diakui ketika peringkat permulaan sistem operasi Vista diperkenalkan di pasaran, ramai yang menganggap ia menyusahkan dan tidak stabil namun selepas beberapa tahun menemui pengguna, pandangan negatif itu terus lenyap," ujar Ng.

Mengulas mengenai penggunaan Vista yang dikatakan terlalu 'berat' untuk ditampung perkakasan perkomputeran, Ng memaklumkan pendapat itu hanya didorong salah faham mengenai spesifikasi sistem operasi diperlukan.

"Microsoft Vista memiliki enam versi yang berlainan mengikut keupayaan komputer masing-masing, kalau pengguna memasang versi Ultimate pada komputer berkeupayaan memori satu gigabait, pastinya ia tidak mencukupi," jelas Ng.

Katanya, Microsoft menyediakan enam versi berbeza bagi menampung keperluan perkakasan pengguna seperti 'Starter', 'Home Basic', 'Home Premium', 'Enterprise', 'Business' dan 'Ultimate'.

"Kesemua versi terbabit berfungsi secara berlainan. Mungkin ia menjadi salah faham apabila pengguna tidak diberi pemahaman jelas mengenai ciri setiap versi itu sehingga menimbulkan keraguan terhadap keupayaan Vista," katanya.

Ng berkata, walaupun pandangan negatif mengenai Windows Vista masih menular di kalangan pengguna, statistik yang ditonjolkan menunjukkan sebaliknya dengan penerimaan terhadap sistem operasi terbabit tidak pernah pudar.

"Mengikut kajian Itpsos Insight pada Disember 2007, lebih 71 peratus pengguna berpendapat Windows Vista lebih baik berbanding sistem operasi diguna pakai mereka sebelum ini.

"Selepas enam bulan pula iaitu pada Mei 2008, kajian dalaman mendapati 84 peratus pengguna yang memasang Windows Vista di tempat kerja atau rumah bersetuju untuk mencadangkannya kepada rakan lain," jelas Ng.

Katanya, Windows Vista mempunyai sistem keselamatan lebih baik berbanding XP dengan beberapa ciri diperbaharui menawarkan perlindungan yang tidak akan didapati pada produk lain.

"Ia termasuk kawalan akaun pengguna dan sistem pemacu enkripsi 'BitLocker' yang melindungi data walaupun pengguna kehilangan PC memandangkan pengguna kini lebih mudah alih dengan beberapa peranti," katanya.

Jelasnya, ia melegakan pengguna yang risau mengenai kehilangan data akibat kecurian terutama membabitkan maklumat tiada nilainya dalam sistem simpanan PC.

"Kajian kami juga mendapati Windows Vista mengurangkan kelemahan dari segi keselamatan sebanyak 20 peratus jika dibezakan dengan XP SP2 manakala ancaman 'malware' mampu dikurangkan 56 peratus," kata Ng.

Katanya, Windows Vista juga mempunyai kelebihan dari segi sistem mudah alih apabila ia mampu disepadukan dengan perkakasan berkaitab yang meningkat naik kebelakangan ini.

"Di samping itu, Windows Vista berjaya membuktikan keberkesanan dari sudut produktiviti apabila mampu mencari maklumat lebih pantas jika diperlukan dengan antaramuka mudah," tegasnya.

Bukti dikeluarkan penyelidik terkemuka iaitu IDC mendapati Windows Vista mengurangkan masa mencari maklumat kepada 42 peratus selain mengurangkan 16 peratus carian tidak berjaya berbanding XP SP2.

"Jadi, ke mana hala tuju Windows Vista selepas dilahirkan dua tahun yang lalu? Memang tidak dinafikan masyarakat terlalu terdedah kepada Windows XP kerana ia bertapak lebih enam tahun sejak 2001.

"Banyak aplikasi dibangunkan berdasarkan sistem operasi terbabit dan ramai juga yang bermain permainan komputer menggunakan perisian sama menyebabkan kesukarana menerima produk baru," katanya.

Beliau berkata, Microsoft menyedari pengaruh XP yang tegar di kalangan pengguna namun berusaha memberi kefahaman dari semasa ke semasa bagi mempromosikan Vista kepada mereka.

"Kalau dilihat di iklan atau pergilah ke gedung komputer Low Yatt, pengguna akan mendapati kebanyakan peranti menggunakan sistem operasi Windows Vista kerana ia adalah evolusi baru," ujar beliau.

Katanya, masalah aplikasi yang tidak dapat digunakan melalui platform Vista akan ditangani secara komperensif dengan kerjasama rakan kongsi bagi membolehkannya diselesaikan.

Mengulas mengenai kesediaan perkakasan PC yang mampu disesuaikan dengan Vista, Ng berkata ia bukan masalah besar kerana kebanyakan peranti dijual di kedai bukan lagi memiliki memori rendah.

"Ekosistem perkomputeran merubah segala-galanya membolehkan Windows Vista dipakai tanpa ragu," jelasnya.

Beliau turut membayangkan Microsoft kini bersedia untuk membawa Windows Vista dengan Pek Servis Ke-2 dalam tempoh suku kedua tahun ini.

Sunday, May 03, 2009

Aplikasi interaktif baru Google

Google Inc memperkenalkan beberapa aplikasi interaktif terbaru menerusi Gmail Labs yang mampu memberi ke puasan kepada pengguna e-mel Google.

Gmail yang sememangnya dikenali sebagai penyedia per khidmatan e-mel percuma terbaik disertai dengan per lindungan keselamatan spam yang kukuh, berjaya menarik perhatian penggunanya untuk mencuba Offline Gmail, Mail Googles, Quick Search Box dan Task.


Pengurus Produk Gmail, Google Inc, Keith Coleman, berkata Google melakukan kajian yang terperinci bagi me ngenal pasti aspek yang dimahukan pengguna sebelum memperkenalkan interaktif terbabit secara rasmi.

“Gmail Labs dilancarkan secara rasmi di seluruh dunia sempena kelahiran Gmail yang kelima pada 1 April lalu. Kemunculan Gmail Labs ini sebagai petunjuk kemajuan yang dicapai dengan menyediakan e-mel yang semakin berinovasi, kukuh dan programnya yang tidak dapat ditandingi.

“Sebanyak 43 aplikasi interaktif menarik disediakan di seluruh dunia mengikut bahasa tempatan bagi memenuhi kesesuaian pengguna di negara masing-masing seperti Bahasa Malaysia, Cina dan Tamil untuk pengguna di Malaysia,” katanya.

Menurut Keith, berdasarkan statistik Google, terdapat 10 juta pengguna yang berdaftar dengan Gmail di seluruh dunia namun berdasarkan perangkaan Comscore, Gmail mem punyai 113 juta pengguna di seluruh dunia secara ke seluruhannya.

Aplikasi terbaru seperti Offline Gmail membolehkan peng guna membaca dan menghantar e-mel walaupun tidak mempunyai sambungan ke Internet. Interaktif yang masih di peringkat percubaan ini menerima tindak balas yang me ngagumkan daripada pengguna e-mel.

Kadang kala pengguna mengalami beberapa masalah seperti gangguan dan sambungan ke Internet yang terlalu perlahan. Jika interaktif ini dihidupkan, Gmail menggunakan Google Gears untuk pindah turun data e-mel ke komputer peng guna.

Pelbagai aplikasi perisian menarik lain seperti Google Alert yang bertindak sebagai pemberi maklumat kepada pengguna menerusi e-mel sekiranya kata kunci (seperti nama sendiri), digunakan di Internet.